Friday, May 13, 2016

Promosi Perodua Axia Mei 2016



Perodua Axia Advance 1.0 Automatik Solid dijual pada harga RM41,967.15 manakala Metallic pada harga RM42,377.51. Varian yang paling premium dengan kemudahan dan aksesori lengkap seperti:
1. Stereng kuasa elektronik (EPS)
2. Lampu meter iluminasi merah dan paparan meter pelbagai info
3. Lampu projektor & lampu kabus
4. Lampu belakang dan brek ketiga LED
5. Kit badan
6. Roda aluminium 14 inci
7. Filem cermin penebat haba dan keselamatan
8. Kerusi separa bucket dan stereng balutan kulit
9. Cangkuk anti ragut pada kerusi depan
10. Tingkap kuasa depan dan belakang
11. Cermin sisi automatik boleh lipat dengan lampu indikator
12. Sensor undur dan depan
13. Sistem multimedia dengan navigasi.
14. Dua beg udara, ABS dengan EBD dan BA.
15. DOHC 12V Electronic Fuel Injection
16. 33 Litre Fuel Tank (20.1 Km/L)

Perodua Axia SE Manual dan Automatik

Perodua Axia SE 1.0 Manual Solid dijual pada harga RM36,637.15 dan RM39,637.15 untuk Axia SE 1.0 Automatik. Varian pertengahan ini mempunyai aksesori yang hampir sama dengan Axia Advance kecuali sistem multimedia dengan navigasi, kerusi dan stereng balutan kulit dan suis kawalan audio pada stereng.

Perodua Axia Standard G Manual dan Automatik

Perodua Axia Standard G 1.0 Manual Solid dijual pada harga RM32,127.15 dan RM35,127.15 untuk Axia Standard G 1.0 Automatik. Kedua-dua varian ini mempunyai perbezaan ketara dari segi aksesori standard seperti lampu utama halogen, kerusi depan standard dengan balutan fabrik, pemain cakera padat tanpa sambungan bluetooth dan kemasan kulit pintu tanpa fabrik. Axia Standard G juga hadir tanpa lampu kabus, kit badan, sensor depan, filem cermin penebat haba dan keselamatan dan paling ketara ialah sistem keselamatan ABS dengan EBD dan BA. Menarik dan juga aneh, Perodua memasang cermin sisi boleh lipat automatik tetapi tanpa lampu signal seperti dua varian teratas.

Perodua Axia Standard E Manual

Perodua Axia Standard E 1.0 Manual Solid dijual pada harga RM24,437.16. Varian yang menarik dan menggegarkan pasaran ini hadir tanpa aksesori utama. Anda bayar apa yang anda dapat. Axia Standard E dijual tanpa sejumlah kemudahan dan aksesori seperti cermin sisi automatik, roda aluminium, penggilap dan penghilang kabus cermin belakang, kit badan, filem cermin penebat haba dan keselamatan, sistem keselamatan ABS dengan EBD dan BA. Walaupun tanpa pelbagai kelengkapan dan aksesori utama, Perodua membekalkan tingkap kuasa untuk kesemua varian Axia termasuklah yang paling asas ini.

Berikut adalah ringkasan di antara kemudahan dan aksesori Axia Standard E Manual:
1. Stereng kuasa elektronik (EPS)
2.Lampu meter iluminasi merah Lampu meter amber dan paparan meter pelbagai info
3. Lampu projektor & lampu kabus halogen
4. Lampu belakang dan brek ketiga LED
5.Kit badan
6.Rim aluminium 14 inci Rim besi
7.Filem cermin penebat haba dan keselamatan
8.Kerusi separa bucket dan stereng balutan kulit Kerusi standard balutan fabrik tanpa larasan naik dan turun
9.Cangkuk anti ragut pada kerusi depan
10. Tingkap kuasa depan dan belakang
11. Cermin sisi automatik boleh lipat dengan lampu indikator
12.Sensor undur dan depan
13.Sistem multimedia dengan navigasi.
14. Dua beg udara, ABS dengan EBD dan BA.
15.Penggilap cermin dan penghilang kabus cermin belakang
16.Sistem penggera, kunci berpusat


Tempah Kereta Perodua Axia baru anda hari ini
Saya yakin anda berpuas hati dengan kereta kami ini. Saya harap penerangan saya mampu membuatkan anda ingin menempah kereta axia dengan saya. Untuk menempah kereta ini, saya perlukan dokumen berikut
Salinan IC
Lesen
3 bulan slip gaji terkini
3 bulan penyata bank terkini
OK. Jika anda ada sebarang pertanyaan. Boleh Hubungi saya di talian 0133563580 [Ahnor]. Insyallah saya akan menjawab segala pertanyaan anda. 

TEMPAH PERODUA AXIA SEKARANG.


0 comments:

Post a Comment