Saturday, August 6, 2016

Kelainan Bezza 1.0cc dan 1.3cc

‼️‼️PERODUA BEZZA‼️‼️
**info Perodua Bezza
Bezza G 1.0 (M) RM37,700
Bezza G 1.0 (A) RM39,300
Bezza X 1.3 (M) RM42,800
Bezza X 1.3 (A) RM44,800
Bezza Adv 1.3 (a) RM50,800
 
 

Call saya segera untuk booking!
SMS/Whatapps : 013-3563580 [Ahnor]
SMS/Whatapps : 013-3563580 [Ahnor]
SMS/Whatapps : 013-3563580 [Ahnor]

TERNYATA MEMANG BER"BEZZA"

Kedua enjin-enjin ini dihasilkan di kilang baharu Perodua/Daihatsu di Negeri Sembilan. Enjin 1.0 liter 1KR-VE VVTi ialah sama dengan enjin pada Axia. Enjin 1.3 liter 1NR-VE dwi VVT-i ialah enjin direct injection baharu dan sangat moden. Model ini dibina dengan objektif penggunaan bahan api serendah 22.9 km/l dan memenuhi ciri-ciri kenderaan Energy Efficient Vehicle (EEV) oleh MAI/MITI. Malah untuk variasi 1.3 Advance, ia datang dengan sistem Eco-Idle atau sistem Henti Melahu, di mana enjin akan mati sendiri bila berhenti di lampu merah atau bila kenderaan tidak bergerak, dan akan hidup semula secara automatik bila kaki mula menekan pedal pendikit.

Tempat letak barang atau boot Perodua baharu ini ialah sebesar 508 liter. ia lebih besar dari boot Toyota Vios (506 liter), boot Nissan Almera (490 liter), boot Mitsubishi Atrage (450 liter) dan boot Proton Saga (413 liter). Cuma Honda City sahaja mempunyai boot yang lebih besar iaitu pada 536 liter. Walaupun boot Perodua ini besar, ia masih lebih pendek dari Mitsubishi Atrage. Paling penting, ia tidak nampak mempunyai ekor yang tebal atau panjang! Bukaan boot Perodua ini juga rendah dan lebar, memudahkan keluar masuk barang. Malah, penulis dengan mudah ditelan masuk! Boot sebesar itu juga masih mampu menyorokkan sebuah tayar gantian bersaiz sebenar.

Sayangnya, untuk mendapat boot sebesar itu, tempat duduk belakang model sedan ini sedikit menegak. Namun, ia tidak keterlaluan dan masih selesa. Paling penting, ruang lega kepala masih bagus untuk seorang penumpang setinggi 6 kaki. Bagi varian 1.0L, boot hanya boleh dibuka menggunakan kawalan jauh sahaja (remote). Untuk varian 1.3L, ada butang di pintu boot – lebih mudah. Perodua menggunakan teknologi lampu dari jenis Light Guide untuk lampu belakang. Canggih! Lampu depan masih dari variasi halogen dengan reflektor biasa. Panel meter model ini juga nampak canggih dengan lampu LED dan skrin sesentuh yang besar bagi model Advance. Stereng sedan ini sama seperti Axia – tidak boleh dilaras. Ia menggunakan stereng berkuasa elektrik. Sedan ini ialah model Perodua yang pertama untuk mendapat pengiktirafan Asean NCAP 5-bintang, tetapi hanya untuk varian Advance kerana ia datang dengan kawalan kestabilan kenderaan atau VSC. Ia juga datang dengan kemudahan ISOFIX untuk kerusi bayi/kanak-kanak.
Sesi pandu uji yang dilakukan, walaupun ringkas dan hanya di dalam litar ujian Perodua, tetapi cukup untuk memberikan gambaran kasar prestasinya di dunia sebenar. Ini ialah laporan saya. Hasil nukilan Perodua TTDI FB
 
 

0 comments:

Post a Comment